KEMANA ARAH KITA…?


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Al-Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yang lengkap, yang syumul, yang merangkumi setiap realiti hidup. Jadi islam itu adalah negara dan tanahair ataupun pemerintahan dan ummah.

Dia adalah akhlak dan kekuatan serta rahmah dan keadilan, dia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun ilmu dan kehakiman, dia adalah mata benda dan harta ataupun usaha dan kekayaan, dia adalah jihad dan dakwah ataupun tentera dan fikrah sebagaimana dia sebagai aqidah dan ibadah.

Dalam dasar pertama dari RUKUN FAHAM oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna rahimahullah.

Penghayatan Islam sebagai satu nizam hidup menjadi kewajipan setiap peribadi muslim untuk diterjemahkan.

Untuk merealisasi cita-cita ini, terdapat beberapa cabaran kepada individu yang menjadi pendokong cita-cita tersebut.

Mesti menjadi contoh dan teladan yang baik. Bererti menunaikan segala rukun Islam, mengikuti Sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi segala perkara yang syubahat atau yang samar-samar, menjauhi segala yang haram, sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara. Dalam rumahtangganya, ahlinya mestilah beriltizam dengan segala ajaran Islam serta menjaga adab-adabnya.

Ikhlas serta bertawakkal kepada Allah. Agar seruannya dapat menembusi dan menawan hati yang diseru. Bererti setiap pertuturan, bergerak dan berjalan, serta tingkah-lakunya tiada kepentingan lain semata untuk Islam.

Luas pembacaan, mengikuti segala peristiwa, pergolakan, perkembangan suasana dan semasa serta mengetahui aliran-aliran pemikiran semasa. Lantas mampu mengemukakan Islam dengan baik, terang, jelas, mudah difahami dan menarik agar dapat membaiki suasana ditengah gelombang kesesatan dan tidak sebaliknya.

Firman Allah;

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". (surah An Nahl:125)

Berusaha memahami taraf, kedudukan, tingkatan akal dan pemikiran orang yang diseru.Tahu serta bersifat objektif agar tidak mensia-siakan.

Mulakan seruannya dengan menekan masaalah aqidah dan iman. Bermula beriman kepada Allah sehingga Islam itu adalah satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna. Jelaslah Aqidah Islamiah itu menjadi asas kepada pembentukan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagaimana contoh yang telah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. bagi menyelamatkan manusia daripada azab neraka. Baginda sentiasa bersabar diatas gangguan dan siksaan keatas baginda malah sentiasa berdoa, sabdanya:

“Wahai Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Ingatlah! Ini adalah amanah yang besar, bilangannya sedikit, laluannya penuh cubaan dan rintangan lantas sentiasalah bermunajat kepada Allah. Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata;

Jadilah kamu dengan manusia itu seperti sepohon pokok buah-buahan, mereka melemparnya dengan batu dan dia (pokok) melemparkan kepada mereka dengan buahnya".





SEBIJI TEMBIKAI MEMBAWA SEBUAH PENGAJARAN


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata- katanya:"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.


Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Banyak iktibar yang boleh kita ambil dlam kisah ini...renunglah...

Waalahu'Alam.

AIRMATA SEORANG NABI MULIA

Airmata Rasulullah - Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya Naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya Sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua Sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru Mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak Mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah Membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,"kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.

"Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit Yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

"Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah Kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul Kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Sifat-sifat Dai ke jalan Allah

(Di saring bebas dari tulisan Imam al-Syaheed Hassan Al-Banna)



Dai perlu memulai dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:

1. Kuat tubuh badan

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.

Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis :

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi
pada keduanya ada kebaikan."

Pesanan hassan al-banna:

"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang
merosakkan badan."



2. Akhlak yang mantap

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu,
benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman
buruk dll.



3.Fikiran yang berpengetahuan

Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada
orang lain.

Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan
cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan
kaedah serta rahsia hukum yang penting.



4. Mampu berusaha

Walaupun kaya, perlu bekerja.

Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan
pendapatan.

Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

Menjauhi riba dalam semua lapangan.

Menyimpan untuk waktu kesempitan.

Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.



5. Akidah yang sejahtera

Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.



6. Ibadah yang betul

Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).



7. Mampu melawan nafsu

Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak
biasa dengan kesusahan.



8. Menjaga waktu .

Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka...

Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.



9. Tersusun dalam urusan

Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



10. Berguna untuk orang lain.

Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung
kepada dai.

Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila
dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

1- apabila mendengar azan segeralah mendirikan solat

2-bacalah al-quran , banyakkan zikrullah , tatapilah buku yang bermanfaat dan jangan buat
perkara yang sia-sia

3-pelajarilah bahasa arab kerana bahasa arab yang betul adalah syiar islam

4-janganlah bertengkar kosong , ia tidak mendatangkan kebaikan

5-janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan ALLAH sentiasa dalam
keadaan tenang lagi tenteram

6-janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara

7-jauhilah daripada mengumpat peribadi seseorang dan bercakap perkara yang sia-sia

8-berkenal-kenallah antara setiap ikhwan yang ditemui walaupun dia tidak meminta

9-menggunakan masa dengan sebaik mungkin walaupu hanya satu saat

10-jangan meninggikan suara , ia akan menyakitkan hati seseorang



1) Dasar

Dasar kehidupan seorang muslim ialah berusaha untuk menegakkan agama Allah (ISLAM) di muka bumi.

2) Rujukan

Menjadikan Al-Quran sebagai sumber pedoman diikuti hadis/sunnah

3) Tujuan Hidup

Kehidupan seorang muslim adalah semata-mata untuk mendapatkan redha Allah s. w. t. Menjadikan diri sebagai seorang hamba yang betul-betul taat kepadaNya.

4) Tugas Kita

Kerja harian kita adalah menyempurnakan perhambaan diri kepada Allah s. w. t dengan cara yang digariskan oleh Al-Quran dan sunnah Rasulullah s. a. w

5) Fungsi

Pertama ; menegakkan cara hidup berteraskan agama Allah (ISLAM) dan penghayatan
pengabdian kepadaNya ; dan mendirikan pentadbiran dunia yang berteraskan kepada agama Allah (ISLAM).
Kedua ; Meneruskan perjuangan yang dimulakan oleh Rasulullah dan para sahabat

6) Alat

Pertama ; Harta - ikhlas dalam mengorbankan harta benda, wang dan sebagainya semata- mata untuk melaksanakan tujuan hidup, tugas dan fungsi.
Kedua ; Nyawa - sanggup menggadaikan nyawa untuk kepentingan agama Allah

7) Model contoh

Seorang muslim wajib menjadikan Rasulullah sebagai contoh hidup. Dan juga para sahabat yang menggunakan manhaj nubuwwah sebagai asas kehidupan mereka.

8) Kenali Kawan

Pertama : suami isteri yang saling memahami.
Kedua : seluruh umat Islam ; dan meyakini bahawa umat Islam yang berbagai bangsa dan
keturunan adalah satu keluarga yang berasal daripada Adam dan Hawa.

9) Kenali Musuh

Pertama : Iblis dan syaitan
Kedua : Manusia yang mempunyai ciri-ciri syaitan.

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah :

1. Terikat dan menurut ajaran Islam. Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh...”

Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri. Firman Allah SWT :

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab, tidakkah kamu berfikir?”

2. Mengutamakan kepentingan Islam Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya :

“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentinganya berkisar.”

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah daripada golongan mereka (Islam).”

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat melolos daripada penjagaanmu.”

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang yg beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firmanNya yang bermaksud;

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa dukacita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Aali Imran 3:139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendeta yang ada di istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a. yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja islam. Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjemaah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT, maksudnya :

“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.”


Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :


“Seorang Muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebahagian yang lain.”

“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jemaah.”

“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”

“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”