TUKAR KE RUMAH BARU..

ALHAMDULILLAH..SAYE SUDAH TUKAR KE RUMAH BARU YANG BERALAMAT ahmadhasif.com DENGAN PERTOLONGAN WOOTWOOT SAYA SUDAH ADA RUMAH SENDIRI..SO KEPADA RAKAN-RAKAN DATANG LAH KE RUMAH BARU SAYE..SEKIAN..

20 Fakta Sains Keagungan Allah pada Manusia




Fakta sains.

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya  
    sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2
   Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, 
   iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk
      membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk
      membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah
      yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan
      ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit.
     Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon 
      dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.



( Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratnya, allah yang maha Bijaksana lagi Pengasih dan Penyayang).

IS IT TRUE ABOUT AUDI A9??

Ini adalah konsep Audi A9 dari Sepanyol designer terkenal Daniel Garcia yang mengandungi konsep Ducati 6098 dan mungkin lain untuk kreditnya. konsep A9 awesome akan lebih ringan dibandingkan dengan model unggulan saat ini Audi, A8. insprasi untuk gaya dari A9 berasal dari gaya reka bentuk yang menakjubkan Santiago Calatrava "La Ciudad de las Artes y las Ciencias de diValencia.







Konsep A9 Daniel adalah kenderaan pembebasan rendah hibrid untuk masa depan. A9 konsep ciri cermin depan satu bahagian dan atapnya dibentuk dari bahan nanoteknologi yang mempunyai sistem automatik unik yang memperbaiki kerosakan dan juga boleh disesuaikan dengan warna dan opacity.





Selain itu, kenderaan mempamerkan sistem 'lukisan elektronik' unik yang membolehkan pemiliknya untuk menukar warna dengan sentuhan butang. konsep ini dicadangkan dan disokong oleh setup hybrid canggih yang menggunakan enjin pembakaran dalaman bekerja sama dengan motor elektrik di tayar roda empat.




Baca lebih lanjut: http://realitypod.com/





Mengikut kajian, helang ini sejenis haiwan yg berumur panjang sehingga 70 tahun..umurnya lebih pajang dari manusia...itulah kuasa Allah swt. Helang yang berumur 70 thn tu rupanya ada beza sikit iaitu paruh dia pjg smpai dada, kuku tumpul, sayap byk bulu dan lg berat...Bila tiba umur 40 thn, helang tu di beri pilihan samada nak hidup lg atau tidak. Kerana kl dia nak hidup lg, dia kena melalui satu proses TRANSFORMASI selama 150 hari or 5 bulan.  

Dlam proses transformasi tu, helang td kena terbang ke satu tempat yg tinggi yg ada jurang dan duduk disitu.  Proses dia spt berikut;

  1. helang tu kena patuk batu bata sehingga paruh dia tercabut...dan tunggu paruh baru tumbuh
  2. lepas tu dia kena cabut kukunya satu persatu hingga tumbuh yg baru
  3. then bila dah tumbuh kukunya, dia kena cabut bulu sayap dan tunggu bulu baru tumbuh
  4. proses ni makan masa 150 hr...

begitu rupanya transformasi helang yg nak umur pajang tadi. Kalau tak sanggup trasform maka umurnya tak sampai 70 tahun.  Sebab tu ada company yg guna helang sebagai icon mereka kerana melambangkan keberanian, kekuatan, kesabaran dan sebagainya..



Iktibarnya...
  1. org yg nak berjaya kena BERANI kerana pasti melalui proses transformasi yg pjg dan menyakitkan spt kena bljar ilmu yg susah, kena kuat usaha dan jgn lupa dekatkan diri pd Allah swt.
  2. kita org islam jgn takut pada cabaran yg akan datang – CHALLENGE kerana Allah bersama kita..
  3. jadilah org islam yg optimis...dan sanggup menghadapi segala dugaanNya

pada Allah kita berdoa pada Allah kita kembali nanti...


wallhua’lam

WARNING:Beras tiruan dari china!!

selepas di hangatkan dengan telur tiruan di china...sekarang di hangatkan pula dengan beras tiruan atau beras plastic..AWASSS!!


Petikkan dari Korea artikel : Mingguan Hong KongBeras Plastic China

Menurut Bahasa Korea "Hong Kong Mingguan" Media Singapura menyatakan bahwa beras palsu sedang didistribusikan di Kota CHina Taiyuan, di daerah Shaanxi. "Nasi" atau beras ini merupakan gabungan dari kentang, ubi jalar, dan plastik. Hal ini dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan resin sintetik industri. Kerana beras tidak seperti beras normal, tetap sulit walaupun setelah dimasak. Resin sintetis tersebut juga sangat berbahaya jika dimakan.

Seorang pegawai Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini akan seperti makan satu guni plastik.  Kerana keseriusan masalah ini, dia menambahkan bahawa ada kilang yang memproduksi beras palsu ini. Sementara itu, kos rendah beras palsu adalah memungkinkan mereka membuatnya untuk mendapat keuntungan yang besar.

Di Vietnam, berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga orang khuatir tentang keselamatan makanan.



mahu tahu lebih lanjut bolehla rujuk di youtube.com ...

kelebihan ayat kursi..

korang da hafal lom ayat kursi...
better hafal banyak kelebihan ayat neih..






SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia 
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan 
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu 
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera 
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. 

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali 
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar 
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya 
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan 
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga 
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. 

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya 
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, 
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua 
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. 

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu 
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan 
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah 
s. a. w. bersabda bermaksud: 

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah 
hilangkan segala kefakiran di depan matanya." 

Sabda baginda lagi; 

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, 
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya 
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." 

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara 
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal 
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan 
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, 
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat 
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki 
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan 
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, 
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda 
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu 
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda 
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa 
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah 
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang 
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang 
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak 
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa 
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas 
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa 
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah 
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang 
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa 
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan 
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. 
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi 
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, 

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." 



sekian...:)

kisah iktibar..



Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah


nikah di masjid boleh atau tidak??





JAWAPAN DARIPADA USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI NIKAH DIMASJID


Nikah di Masjid Tidak Salah

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah..
...
siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata iana adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam




THE TRICK IS TO FIND THE MAN IN THE COFFEE BEANS: This is bizarre - after you find the guy - it's so obvious. Once you find him - it's embarrassing, and you think, "Why didn't I see him immediately?"


▼ 
 Doctors have concluded that if you find the man in the coffee beans in 3 seconds, the right half of your brain is better developed than most people. If you find the man between 3 seconds and 1 minute, the rig ht half of the brain is developed normally. If you find the man between 1 minute and 3 minutes, then the right half of your brain is functioning slowly and you need to eat more protein. If you have not found the man after 3 minutes, the advice is to look for more of this type of exercise to make that part of the brain stronger! And yes, the man is really there!

COUPLE YANG DIBOLEHKAN......??





Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

RISALAH BUAT SETIAP MUSLIM DAN MUSLIMAH



Seandainya Rasulullah SAW Menziarahi Kita

Saudara/i ku yang dikasihi dan dimuliakan,

Seandainya dikhabarkan kepada kamu bahawa esok seorang pemimpin besar akan berkunjung bertamu ke rumahmu, apakah yang akan kamu lakukan untuk menyambutnya?

Adakah kamu akan bersegera membersihkan rumahmu,menghiasinya, menyegarkan ruangannya dengan wangian yang termahal sebagai persembahan buat tetamu besar yang sangat teristimewa itu?

Ya….semua ini akan dilakukan, kerana lazimnya begitu. Semakin tinggi pangkat dan kedudukan tetamu itu maka semakin megah dan meriah pula sambutannya.

Maka saudara/i  ku yang dikasihi,

Cuba bayangkan bagaimana sekiranya tetamu yang mulia itu adalah Nabi Muhammad SAW…Rasulullah SAW  sendiri yang bakal berziarah ke rumahmu… bayangkan… dan cuba bayangkan bahawa sesungguhnya sebaik-baik manusia itu benar-benar akan menziarahimu.

Tetamu ini bukan hanya sekadar seorang menteri, bukan sekadar pemimpin bahkan di sepanjang sejarah sekalian manusia, baginda adalah sebaik-baik manusia yang pernah menginjakkan dua telapak kakinya di muka bumi ini.

Dengan kehadiran risalah ini kami ingin mengajak anda untuk merenung dan membayangkan bagaimana sikap kita jika diziarahi oleh sebaik-baik makhluk ini.


Di Rumah


Saudara/i ku yang tercinta..

Seandainya sekarang Nabi SAW mengetuk pintu rumahmu, apa yang akan kamu lakukan untuk menyambutnya.…dapatkah kamu bersegera menghampiri pintu seraya membukanya lantas mengucapkan marhaban kepada nabimu diiringi dengan deraian air mata kebahagiaan yang berlinangan dari kedua mata mu…?

Dapatkah kamu dengan bersegera mempersilakan nabi memasuki rumahmu dengan untaian kata,”Allahuakbar! Rasulullah sekarang berada di rumahku… ini adalah suasana yang paling bahagia dalam hidupku…!”

Adakah semua ini akan dapat kamu lakukan…? Ataupun, kamu sebaliknya akan berkeluh kesah, risau, gementar pada saat kamu mendengar ketukan di pintu….Adakah kamu akan berlari-lari dengan cepat, masuk ke bilikmu dahulu untuk menyembunyikan gambar-gambar penyanyi atau artis-artis idolamu dan menggantikannya dengan ayat-ayat suci Al-Quran…?

Adakah kamu akan mencabut saluran isytirak ataupun membuang channels artis-artis lucah di televisyen mu…?
Adakah kamu akan membuka komputermu untuk membuang segala file-file yang tidak layak untuk dilihat…?

Adakah kamu akan menyambut nabi dalam keadaan rokok di tanganmu?
Adakah kamu akan lakukan kesemuanya ini?!

Bayangkan kamu akan berhadapan dengan baginda SAW, duduk bersama baginda SAW terpaku dengan keindahan kata-kata baginda SAW, serta tidak berpaling sedikit pun kedua matamu melihat seri wajahnya yang bercahaya. Lalu…cuba bayangkan bahawa nabi SAW akan tetap bersamamu sebulan penuh…adakah kamu akan berasa gembira atau sebaliknya merasa keluh-kesah…?

Adakah kamu dapat bersikap seperti para sahabat yang saling berlumba-lumba ingin bertamukan baginda nabi SAW ketika sampainya baginda di Madinah buat yang kali pertamanya…? 

Atau kamu takut dan malu membayangkan apa yang akan terjadi di sepanjang sebulan ini…?
Adakah Rasulullah SAW akan merasa gembira melihat kamu yang meringan-ringankan solat atau meninggalkan solat berjemaah…?

Adakah baginda SAW akan mendapati kamu sentiasa membaca Al-Quran ? 
Atau adakah komik-komik dan novel-novel cinta yang tidak berfaedah yang akan menjadi bacaanmu…?

Adakah baginda SAW akan mendapati kamu beramah mesra dengan ahli baitmu dengan muamalah yang terdidik dan mendidik atau baginda hanya akan mendengar suaramu yang tinggi dan menyaksikan tanganmu yang melampau dan lidahmu yang selalu memuntahkan kata-kata yang kotor dan keji…di hadapan Rasulullah SAW , sedangkan dahulu baginda pernah bersabda

"Orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik perlakuanya terhadap keluarganya” (HR Ibnu Majah)


Pada Saat Kita Berkerja,




Itu seandainya nabi SAW berziarah ke rumahmu. Bagaimana pula jika nabi SAW menziarahi tempat kerjamu?

Apakah yang akan kita katakan jika Rasulullah SAW sendiri menyaksikan keremehanmu dalam bekerja…

Kita ingin katakan apa kepada baginda sedangkan baginda  SAW sendiri pernah bersabda,

"Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang di antara kamu apabila dia bekerja , dia akan menyempurnakan kerjanya dengan sebaiknya” (HR Thabrani)

Apa yang kita akan katakan pada baginda SAW , sedangkan baginda SAW menyaksikan rasuah (yang dinamakan sebagai penghargaan, hadiah) berjalan dengan mudahnya dalam menyelesaikan muamalah.

Apa yang akan kita katakan baginya sedangkan baginda bersabda, “Allah SWT melaknat perasuah , orang yang dirasuah dan perantaranya”

Apakah yang kita akan katakan kepada nabi SAW jika baginda melihat kecurangan berlaku dalam perniagaan jual beli, sedangkan baginda telah bersabda

“ Barangsiapa yang menipu kami, maka dia bukan dari golongan kami”


Di Jalanan


Dan bagaimana pula jika sekiranya nabi SAW berjalan bersamamu di jalan-jalan yang selalu kamu lalui.
Adakah baginda SAW akan berasa senang sedangkan saban waktu baginda mendengar jutaan ungkapan-ungkapan kotor dan keji melumuri mulutmu?

Adakah kamu dapat menggambarkan betapa marahnya baginda apabila lidahmu dengan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan-tuduhan kepada orang-orang yang soleh? Sedangkan baginda SAW telah bersabda (jauhilah olehmu tujuh perkara) dan diantaranya disebutkan ( menuduh perempuan-perempuan yang baik berbuat zina).

Adakah RasulullahSAW akan merasa redha melihat wanita-wanita dan anak-anak perempuan berjalan di jalanan tanpa mengenakan hijab, bahkan menggunakan busana-busana yang mengundang fitnah Di kalangan pemuda?

Adakah Rasulullah SAW akan mengatakan bahawa wanita yang bertabarruj itu adalah dari ummatnya? Adakah baginda akan mengatakan bahawa begitulah Siti Khadijah, Siti ‘Aisyah dan juga Asma’ rha?

Adakah Rasulullah SAW akan berasa gembira menyaksikan masjid-masjid yang sunyi? Adakah baginda SAW akan merasa redha melihat arak dan disko bertebaran di negara-negara Islam?


Keadaan Ummah





Apakah yang akan kamu katakan kepada Rasulullah SAW sekiranya baginda bertanya tentang keadaan kaum muslimin sekarang?

Adakah kamu akan berdusta mengatakan bahawa kaum muslimin dalam keadaan baik, atau kamu mempunyai satu keberanian untuk mengkhabarkan kepada kekasihmu SAW bahawa keadaan kita sekarang ini sangat terhina?!

Al-Aqsa, tempat Isra’nya Rasulullah SAW telah dirampas oleh orang Yahudi, bahkan mereka mahu menghancurkanya!!
Kaum Muslimin dibunuh saban pagi dan petang di Iraq, Afghanistan, Chechya, Kashmir dan di setiap tempat !!

Apakah yang kita akan katakan padanya sedangkan baginda telah besabda, “Kehormatan darah seorang muslim sesungguhnya lebih besar nilainya disisi Allah daripada kehormatan Ka’bah”.
Sekiranya kamu menceritakan semua ini kepada Rasulullah SAW….
Bayangkanlah pertanyaan baginda kepada kamu,

“Apakah yang telah kamu lakukan untuk membantu saudara-saudaramu kaum muslimin? Adakah kamu tidak pernah mendengar sabdaku? Sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukan dari golongan mereka.”

Kamu ada jawapan untuk soalan itu?!     
                                                  
Bagaimana pula sekiranya Rasulullah SAW menuntut separuh daripada hartamu untuk digunakan di jalan dakwah?

Adakah kamu akan bersegera memenuhinya sepertimana yang dilakukan oleh Umar Al-Khattab  ra, ataupun kamu akan memberikan sahaja kesemua harta kamu sepertimana yang dilakukan oleh Abu Bakar As-Siddiq RA? Ataupun kamu masih teragak-agak, bakhil dan mencari alasan dengan keuzuran-keuzuran?

Saudaraku yang tercinta….

Bayangkanlah bagaimana kemarahan Rasulullah SAW tatkala baginda melihat negara-negara kita berhukum dengan hukum selain daripada yang disyaria’tkan oleh Allah SWT.
Bayangkan bahawa nabi SAW terdengar bahawa agama ini tempatnya kini hanya di dalam masjid sahaja. Adakah baginda akan redha dengan itu?

Sedangkan baginda adalah seorang pemimpin dan juga ketua Negara bagi daulah islam yang pertama.Adakah Rasulullah SAW akan berasa gembira dikala melihat kelemahan kaum muslimin yang lemah berdepan dengan kezaliman dan kerosakan sedangkan baginda pernah bersabda,

 "Seafdhal-afdhal jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim”




……………………………………………………………………………………………………………………………

Saudaraku yang di kasihi,

Adakah kamu membaca tulisan ini hanya dengan kedua matamu ataupun kamu sertakan merasainya dengan hatimu?

Adakah kamu membacanya dengan penuh iktibar…adakah kamu telah memikirkan setiap kalimatnya dengan akal yang telah Allah SWT anugerahkan kepadamu?

Adakah kamu sekarang merasai bahawa sebenarnya kamu tidak bersedia untuk diziarahi dengan ziarah singkat nabi SAW ini?

Fikirkanlah serta tanya dirimu…
Adakah kekasih kita nabi SAW akan memanggil kita di hari kiamat,

“ummatku…ummatku”

Atau baginda akan berkata,

“merengganglah…merengganglah…menjauhlah…menjauhlah”

Saudaraku yang dikasihi…

Sekiranya Muhammad SAW tidak melihatmu, maka sesungguhnya Tuhan Muhammad SAW sentiasa melihatmu.

Dan sekiranya Rasulullah SAW telah wafat, maka sesungguhnya Allah SWT hidup tiada mati.
Maka bersegerelah bertaubat dan meminta keampunan dari Yang Maha Pengampun.

Dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT membentangkan tanga-Nya di malam hari untuk mereka yang mahu bertaubat sampai ke siang harinya dan membentangkan tanga-Nya di siang hari bagi mereka yang mahu  bertaubat sampai ke malam harinya.

Begitulah seterusnya sampai terbitnya matahari dari barat.

Dan ketahuilah olehmu bahawa cinta kepada Rasulullah SAW bukan hanya sekadar ucapan melainkan dengan amal perbuatan.

Mencintai Rasulullah adalah berpegang dengan syariat
Sembunyi atau terang tetap lekat terikat
Menghidupkan sunnahnya adalah cinta yang hakikat
Didalam hatimu, fikiran dan juga kalimat.

                                   
Terjemahan Oleh Ustaz Jalaluddin Hamdan graduan Al-Azhar As-Syarif daripada risalah INTAJ I’LAMI.

need for speed real life kat malaysia..haha


assalamualaikum..

hahaha..da tengok lom video tuh..fuhh..real life kot..

dah lar sekarang tengah main balik game need for speed most wanted..

rase macam tengah amek bounty jew..haha..

selamat tuh time belakon..kalo betol-betol..tak taw lah..

ney yang rase lagi nak teruskan main game lagi ney..haha..

okei2..nak sambung main game need for speed most wanted..hahaha..

wassalam..

adala satu hari tuh...aku hantar mak aku kat masjid putra..so..sambil tunggu mak aku..aku study la

 sket..memandangkan aku ada quiz next week..so...study2...penat duduk..baring..sedar sedar eh..dah

 terlelap..haish...x boley jadi ney..so aku bangon jalan jalan..time tuh pukul 10.30 malam..bayang kan

 aku sensorang dalam masjid tuh..kenkadang ada la sorang dua datang solat isya'..jalan sana jalan

 sini..adoii..tak kan jalan je kot..snap la gambar siket..boley buat post..hahaha...so ney gambar aku

 snap waktu malam kat masjid putra...sesapa yang x penah pegi masjid putra boley la tengok gambar

 kat bawah tuh..sesapa yang dah pegi........ala aku tahu korang pegi waktu pagi jew..hahaha..so ney

 waktu malam punye gambar..huhuhu...

 dalaman masjid...

 tingkat atas masjid..

 mimbar masjid..

 tiang depan tempat aku duduk..


jambatan..


 pokok hiasan..

 boring punye pasal..tangkap gambar pokok pon jadi lar..

 view dari tepi kanan masjid..





pandangan depan masjid putra..


haha..da abes da tengok..sorry lar..terabor siket..tu jelah aku nak post..

wasssalam..