Sayidina Ali



assalamualaikum...

jom malam ney kite baca sedikit pasal nasihat sayidina ali..ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman.


  • Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.


  • Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.


  • Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.


  •  Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.


  •  Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.


  •  Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.


  •  Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.


  •  Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.


  •  Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.


  •  Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.


  •  Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.


  •  Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.


  •  Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.



  •  Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.


  •  Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.


  •  Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.


  •  Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.


  •  Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.


  •  Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.


  •  Tepati janji adalah kembar kepada benar.


  •  Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.


  •  Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.


  •  Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.


  •  Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.


  •  Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.


  •  Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.


  •  Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.


wallahuallam..


0 kate kate semangat: