kunci hati yang tertutup...



Menurut Imam Al-Ghazali :
Dalam Kitabnya Ihya’ Ulumuddin

  • Mengutamakan mujahadah – iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah SWT.
  • Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah – iaitu sifat peribadi yang tercela.
  • Menjauhi maksiat – iaitu perkara yang boleh mengotori hati seperti berzina, mencuri dan sebagainya.
  • Banyak bertawakal kepada Allah – iaitu pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
  • Zuhud – iaitu meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan.
  • Ikhlas kepada Allah – iaitu dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi ‘nur’.
  • Membaca al-Qur’an – Selalu membacanya kerana dgnnya akan terbuka sinar hati dan akan mudah menerima ilmu.
  • Berusaha menjauhi tuntutan syaitan – Syaitan musuh no satu manusia.
  • Merujuk kepada Al-Qur’an dan Hadis – Kedua-duanya adalah sumber rujukan yang terulung dan sempurna kepada akal manusia.
  • Mengamalkan ilmu yang dipelajari – Ilmu perlu diamalkan



Wasiat Seorang Pejuang..HASAN AL BANNA

jom mari kite bace wasiat daripada hasan al-banna..





10 WASIAT HASAN AL-BANNA

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan, usahakanlah semampu yg terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba perhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir... Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi...??

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung pendapat tanpa adabnya..!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan.... itulah syaitan L.A..

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Salahuddin Al-Ayubi tidak pernah ketawa sebelum beliau membuka Baitul Maqdis.... ketika ditanya, dijawabnya: "Bagaimanakah mampu aku ketawa sedangkan Baitul Maqdis masih lg berada di bwh kekuasaan org kafir..!!"

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan ...! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam makanan. Jika berlebihan akan masin dan rosaklah makanan tersebut.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula...Luqman al-Hakim(bukan luqman 2-kindi) juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai..

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan orang lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan ... Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain..! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.

* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian..Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung..Pelbagai lapisan datang berkunjung.. Pelbagai darjat datang berkunjung... Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa berehat. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu...Hormatilah waktu mereka... Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

ayuh jom muhasabah diri dan amalkannye insyaALLAH...wallahuallam..



assalamualaikum..

jom malam ney kite bace pasal kisah semut dan kisah seorang penggali kubur..pendek aje..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali:

" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".


alhamdulillah..dah habis baca da..so malam ney sebelum tido kite muhasabah diri kite balik..wallahuallam..



assalamualaikum..

hari ini just nak kongsi sedikit pasal langkah-langkah yang asas perlu kite tahu dalam mangajak orang lain ke jalan islam???


Pertama 


Dasar dakwah itu adalah cinta dan keperihatianan kepada para hamba Allah, yang mendorong supaya melakukan sesuatu ikhtiar agar mereka tidak tergelincir dari jalan yang benar dan tidak terjerumus ke dalam lembah penyesalan yang tidak berkesudahan.


 Kedua 


Kemenangan dakwah ialah kemenangan agama Allah, usaha dakwah adalah suatu ibadah yang menuntut keredhaanNya,bukan untuk mencari kemenangan diri sendiri atau kemenangan peribadi.


 Ketiga


Cahaya yang menerangi seorang daei dalam perjalanannya ialah pengetahuan tentang syariat dan pokok-pokok ajarannya, bukan dipengaruhi perasaan, sentiment dan emosinya.


 Empat


Roh dan hidupnya dakwah adalah keikhlasan kepada Allah,membersihkan
hati, memperbanyak zikir dan doa serta merendah diri atau menangis.


sorry hari ini x banyak isi..hehe..agak sibuk hari ney..tapi walaupon sket rase nye penting untuk kite tahu ape yang perlu ada pada seseorang pendakwah..insyaALLAH kite boleh mengamal dan menyebarkannye..

wallahuallam..




assalamualaikum..

pejam celik pejam celik dah 20 aribulan..skolah da nak bukak..member U n kolej pon ade yang da masok...akhir bulan 12 uitm pulak balik..kalo jadi fasilitator lagi cpat balik..tinggal lar.aq keseorangan..member kolej jauh jauh...so nak tak nak kene la tulis gak walaupon malas..hehehe..

wah hari ney hari isnin permulaan untuk minggu ney..macam mane kawan kawan..da puas jalan jalan lom..kew duduk rumah aje macam aq..argh tak boleh jadi ney..petang ney nak keluar la jugak..sape nak ikut....hehe

hari ney hari isnin boleh buat ape untuk dapat pahala lebih ye kawan kawan??

ha puasa sunat isnin...amacam puasa x kawan kawan..maklum lar cuti..kalo x buat ape ape makan la keje kite en..tapi banyak fadhilat kite dapat kalo puasa..patutnye hantar post ney semalam..hehe..sorry la kawan kawan..semalam busy saudara datang rumah..x sempat nak hantar post..xpe khamis ney boley puasa sunat khamis..insyaALLAH panjang umur boley puasa isnin minggu depan..

kawan kawan da potong kuku belom..hari ney dapat pahala kalo potong kuku..hehe..aq pown belom potong lagi..

ney ade sket terbaca dari buku Rakaizud Dakwah,karangan Dr Majdi Al-Hilali yang mengutarakan kata2 Ibn Qayyim bahawa,

"Seorang hamba berada di antara ALLAH dan musuh-musuhnya iaitu syaitan2 manusia dan jin.Kalau ALLAH menjaga dan melindunginya dari mereka maka mereka tidak akan mendapatkan jalan menuju kepadanya,dan apabila ALLAH berpaling darinya dan melimpahkan urusannya kepada dirinya sendiri meskipun hanya sekejap maka mereka akan dapat mengalahkannya. "


Dari sini dapat kita lihat kalau ALLAH tinggalkan kita walau 1 saat,kita akan mudah dikalahkan oleh musuh besar kita iaitu syaitan laknatullah. Juga seperti dalam sepotong doa dari Al-mathurat yg berbunyi,"Walatakki lna ila anfusina tharfata 'ainin wala aqallamin zalika ni'mal mujib" yg membawa maksud,"Jangan( Ya ALLAH)Engkau biarkan kami walau dalam kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu". Jadi,sama2lah kita muhasabah kembali,"aina Allah fi hayati",di mana kita sering letakkan Allah dalam apa jua amalan kita.insyaALLAH...wallahuallam...

MHS AVIATION BERHAD

assalamualaikum..

malam yang tengah hujan kat umah aq ney..sepatutnye tnga tido tpi x boley tido so tulis ney..nak citer sket pasal aq practikal kat mhs..MHS ney stand for malaysia helicopter services..tempat dye xde la besar sangat tpi boleh tahan la cawangan dye..kat subang, labuan, kota bharu, kerteh dan banyak lagi lar..aq punye tmpat kat kerteh...perh kos hidop dye macam orang kaye...orang kaye pon lari dari kawasan tuh...yang aq nak tunjuk malam ney gambar heli jew yang aq tangkap pakai handset member aq..kalo korang de nampak gambar same kat blog http://iniwootlah.blogspot.com ney..tuh sume aq yang amek..hehehe..jangan marah woot woot..


        ney heli yang paling kecik kat mhs name dye AS335F2 tpi orang panggil dye squirrel (tupai) hehe..



ney pulak heli paling besar kat mhs name dye AS332 L2 dyeorang pnggil L2 aje..

ney pulak S 76 C++..

ney pulak name dye beechcraft..kalo dlm katogori kapal terbang dye agak kecik gak lar..

ney cockpit kat beechcraft..

ney heli versi lain tpi same ngan squirrel yang gambar 1st tadi..

ney pulak kapal terbang CEO mhs..


ney abang2 engineer tngah baiki main gearbox..

amacam okey x...x bnyk sngt gambar yang aq tangkap..last day bru ke hulu hilir nk tangkap gambar..hehe..
pape doakan aq jadi macam dyeorang gak..LAE (Licensed Aircraft Engineer) insyaALLAH..

kenapa aq suke makan??


assalamualaikum..


argh benda yang aq pling tension skali adalah makan..
kenapa??..
sebabnye aq x leh nak kawal nafsu makan..
argh..da banyak kali da aq janji kat diri aq suh kawal makan..
tapi??
malang nye iman aq x cukup kuat utk menolak nafsu makn..
Ya ALLAH tingkatkan lah iman aq supaya boleh melawan nafsu makanku..
banyak sngt da usaha-usaha aq tuk kawal makn..
seperti..
sarapan n malam makn roti tngahari bru makn nasi..
resultnye 2-3hari jew dpt makn..
jogging time waktu masa lapang..
resultnye 2 hari betahan..alasan x larat..huh..
Ya ALLAH makbulkanlah doa ku utk bersenam seperti yang di tuntut dalam islam..
sekarang azam baruku untk berbasikal 3 kali dlam seminggu pada waktu pagi..
Ya ALLAH berilah aq semangt utk laksanakan azamku utk menjaga tubuh badanku yang KAU beri ku pinjam...aminn..

kengkawan yang baca entry ney doa utk aq dpt melawan hawa nafsuku....insyaALLAh

jom masak



assalamualaikum semua..

kali ney jom kte baca resepi ikan masak kuning..hehe..
resepi bujang jew..masuk itu masuk ini jadi la..sesapa yg malas nk masak..
jom ikut resepi ney..hehe..senang jew..


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan senangin di potong
1 batang serai
serbuk kunyit (xde kunyit idop)
garam secukupnye
4 biji kentang (test letak kentang..sedap kot..hehe)
sayur bendi( ikut suke bape bnyk)
bawang merah(kisar)
bawang putih (kisar)
minyak utk menumis
air secukupnye( aq letak stngh periuk)


CARA-CARA:

panaskan minyak. letak bawang merah n putih yang dah dikisar.sampi nek bau.
letak serai yang dah diketuk dan ikat.tnggu 1 minit.
slps tuh ltak air (ikut korng nk banyk kuah ke x), ikan, kentang, kunyit dan garam seenak rasa.
selepas da gelegak letak sayur bendi tutup api tnggu 5-10min bley idangkan..

wah siap pon..amacam pe lagi g la dapo cube..hehehe..kalo sedap komen kalo x sedap buat tataw aje..hehe..



3 persoalan..



assalamualaikum...

malam ney saje nk sharekan pasal persoalan yang perlu kte jawab dan tahu kalo nk idop ngan cermelang lar..hehe..malam ney jom kte bace sket ape dye 3 persoalan tuh??..


Perlu kita  perhatikan  kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari  manakah kita datang ?
2. Mengapakah kita di datangkan ?
3. Kemanakah kesudahan kita ?

Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

Persoalan  Pertama:  Dari manakah kita datang ?

Jawapannya  akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

“ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian  daripada air mani, dari  air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi  orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan   hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui  “
(Surah Al Hajj ayat 5)

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita mengetahui dari manakah datangnya kita dan persoalan  tersebut telah terjawab.

Persoalan Kedua :  Mengapakah kita  didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?.

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

“  Tidak  Aku (Allah) jadikan jin  dan  manusia, melainkan untuk  beribadah (mengabdikan)  diri
      kepada Ku “
                                                                                                                   (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)


Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ?

Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-

Terjemahannya:


“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan  kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “
                                                                                             (Surah An Najm ayat 42 – 44 )


amacam da abeh bace..da taw lom jawapannye..papepon kne rujuk dlm al quran..al quran tuh sbagi manual tuk kte idop dgn bahagia di dunia n akhirat..so slamt beramal..




resepi sambal ikan sarden dan sup kobis

assalamualaikum..

ari ni teringin lak nak masak..
so pikir2 jadilah sambal ikan ngan sup kobis..
ngeh2..masak sendiri ney..so bawah ney resepi dye
simple jew...masakan bujang..hehe..


sambal ikan sarden

BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan sarden
8 tangkai cili kering (kisar)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 keping asam gelugur
Garam dan gula
minyak secukupnye

CARA MENYEDIAKAN:
Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili dan asam gelugur. Bubuhkan garam dan gula. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata.



sup kobis

BAHAN-BAHAN:

sayur kobis secukupnye
bawang merah (kisar)
bawang putih (kisar)
air secukupnye
garam

CARA MENYEDIAKAN:

isi air dalam periuk (ikut korng lar nk ltak bnyk mane)
ltak bahan yang di kisar
tunggu sehingga menggelegak
masukkan kobis yg telah di potong
slps 2 minit tutup api

7 cara tarik hidayah


asslamualaikum..

tetiba rajin plak baca majalah anis.
tertarik kat satu halaman ney.
so saja nak kongsi...


pakar motivasi Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah menyarankan tujuh cara tarik hidayah dalam keluarga..


  1. solat berjemaah sekeluarga x kira di rumah atau di masjid
  2. makan bersama-sama dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
  3. ibu bapa atau anak-anak saling bermaafan sebelum masuk tidur
  4. tadarus dan tadabbur besama-sama
  5. makan ikut sunnah. antara sunnah Nabi S.A.W adalah makan sejenis lauk ayam saja atau ikan saja.
  6. baca bismillah ketika masuk rumah.
  7. elakkan kencing berdiri.

baca balik 7 cara nak tarik hidayah tuh macam senang  jew. tapi boleh ke istiqamah..so sama2 kite cuba amalkannye...




SEJENAK BERSAMA HATI
:







1)Hati menjadi keras kerana 4 perkara, ketika melampaui batas dari kebutuhannya, yaitu makan, tidur, berbicara dan bergaul. Sebagaimana tatkala badan sakit maka makanan dan minuman menjadi tidak bermanfaat(tidak terasa nikmat), demikian pula hati ketika telah sakit oleh syahwat, nasihat tak berguna lagi..

2)Mereka menyibukkan hati dengan dunia, padahal seandainya mereka menyibukkannya dengan negeri akhirat, niscaya jernihlah hatinya untuk memahami makna kalam Allah dan ayat-ayatNya yang kasat mata serta membawa pemiliknya pada hikmah-hikmah yang menajubkan dan puncak faedah.

3) Kerinduan kepada Allah dan keinginan untuk berjumpa denganNya bagaikan angin similar yang menerpa hati, mendatangkan kesejukan baginnya dan menerangi dunia.

4) Barangsiapa yang meletakkan hatinya di sisi RabbNya, niscaya akan tenang dan bahagia, dan barangsiapa yang meletakkanya di antara manusia, niscaya akan merasakan kegoncangan dan kebimbangan.

5) Indikasi bahawa Allah mencintai seorang hamba adalah Dia memudahkannya untuk mencintaiNya, ikhlas beribadah kepadaNya, menyibukkan keinginanya denganNya, menyibukkan lisannya untuk zikir kepadaNya dan anggota badannya untuk berkhidmat kepadaNya.

6) Hati terkadang sakit sebagaimana sakitnya badan, sembuhnaya hati adalah dengan taubat dan menjaga diri dari dosa. Hati bisa berkarat sebagaimana berkaratnya cermin, bersihnya hati adalah dengan zikir. Hati bisa telanjang sebagaimana tubuh, perhiasannya adalah takwa. Hati bisa lapar dan haus sebagaimana tubuh, makanan dan minumannya adalah ma’rifah kepada Allah, mencintaiNya, bertawakkal kepadaNya, menyerahkan diri dan mengabdi kepadaNya.

7) Tiada seorang hamba diazab daengan sesuatu yang lebih berat dari kerasnya hati dan jauhnya dirinya dengan Allah.

8) Barangsiapa yang mengagungkan Allah dihatinya untuk tidak bermaksiat kepadaNya, niscaya Allah akan mengagungkan ia di hati manusia hingga mereka tidak menghinakannya.


assalamualaikum..

lame juge x tulis.. tengok kawan sentiase je update blog rase dengki mule timbul..hehe..nak update blog tapi x reti nk tulis..haish..susah btol lar..moga-moga ALLAH mempermudahkn..ney ade nk share hadith ney..boley dikatekn bile bace hadith ney smangat nk blaja tu meningkat lar..huhu..hadith ney saye tulis dlm bentuk point form..mudah sket lar nk bace...

Dari Muaz Bin Jabal ra, Rasulullah saw bersabda, "Pelajarilah ilmu kerana

  • mempelajarinye membawa takut kepada ALLAH,
  • menuntutnye adalah ibadah,
  • membincangkannye adalah tasbih,
  • mencarinye adalah jihad,
  • mengajarkan kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah,
  • memberikannye kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada ALLAH,
  • kerana ilmulah petunjuk yang halal dan haram,
  • menara kepada jalan penghuni syurga teman satia di saat kesunyian,
  • rakan dimasa keseorangan,
  • teman berbicara diwaktu khulwah,
  • senjata menghadapi musuh,
  • petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan,
  • perhiasan di saat bersama teman-teman.
  • dengan ilmulah ALLAH mengangkat kedudukan banyak kaum sehingga ALLAH menjadikan mereka pemimpin yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohi dan pendapat mereka menjadi pemutus.
  • para malaikat telalu kepingin bertemankan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayap-sayapnye.
  • setiap benda lembap, kering, ikan dan binatang di laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanye memohon agar mereka diampunkan
  • kerana ilmu menghidupkan hati dari kejahilan,
  • lampu bagi penglihatan di saat kelam
  • dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan di akhirat.
Riwayat Ibnu Abdul-Barri