Wasiat Seorang Pejuang..HASAN AL BANNA

jom mari kite bace wasiat daripada hasan al-banna..





10 WASIAT HASAN AL-BANNA

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan, usahakanlah semampu yg terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba perhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir... Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi...??

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung pendapat tanpa adabnya..!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan.... itulah syaitan L.A..

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Salahuddin Al-Ayubi tidak pernah ketawa sebelum beliau membuka Baitul Maqdis.... ketika ditanya, dijawabnya: "Bagaimanakah mampu aku ketawa sedangkan Baitul Maqdis masih lg berada di bwh kekuasaan org kafir..!!"

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan ...! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam makanan. Jika berlebihan akan masin dan rosaklah makanan tersebut.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula...Luqman al-Hakim(bukan luqman 2-kindi) juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai..

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan orang lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan ... Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain..! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.

* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian..Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung..Pelbagai lapisan datang berkunjung.. Pelbagai darjat datang berkunjung... Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa berehat. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu...Hormatilah waktu mereka... Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

ayuh jom muhasabah diri dan amalkannye insyaALLAH...wallahuallam..


1 kate kate semangat:

aton berkata...

nice sharing.. =)
insya-Allah, sama2 la kite mengamalkannya..